• JOM SEMARAKKAN GEGAR 3.0 EDISI 2011

    sumbangan anda amat dialu-alukan untuk menjayakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 EDISI 2011 bagi membantu golongan fakir miskin mahupun anak-anak yatim di sekitar daerah kudat. "BERSEDEKAH MEMBAWA BERKAT".

  • GEGAR 3.0 BAKAL DILANCARKAN...NANTIKAN!!

    Dapatkan edisi risalah PBMDK kali pertama sesi 2011 pada hari SELASA di TAMU KUDAT.

  • JOM MASUK KAMPUNG BAKAL DILAKSANAKAN

    Misi ini bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin di sekitar daerah KUDAT.Misi ini memerlukan sumbangan daripada budi bicara anda agar ia berjaya dilaksanakan.

  • AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG DARI KAMI, PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT.

  • JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG

    RAMADHAN DIINSAFI, MERDEKA DIHAYATI.

Monday, December 21, 2009

0

Saturday, June 20, 2009

0

Rukun Bai'ah


Pertama : FAHAM الفهم

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .

Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.

Kedua : IKHLAS الإخلاص

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
Surah Al Ana'am . Ayat : 162 - 163

Ketiga :AMALالعمل

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Surah At Taubah . Ayat : 105

Keempat : JIHAD الجهاد

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
Surah An Nisa' . Ayat : 95


Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah . ( Al hadis )

Kelima : PENGORBANAN التضحية

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Surah At Taubah . Ayat : 11

Keenam : TAAT الطاعة

Taat ialah akur kepada perintah dan
melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini adalah kerana fasa dakwah ini ada tiga:

Pengenalan (Takrif)

Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa
dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan oleh
risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat umum. Dalam fasa ini, jamaah berhubung dengan sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah. Dalam fasa ini ketaatan penuh tidak diperlukan. Cukup sekadar ia menghormati sistem dan dasar am jamaah.

Pembinaan (Takwin)

Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah perintah dan taat tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Katibah-katibah Ikhwan merupakan pelaksana kepada fasa dakwah ini. Sebelum ini katibah ini disusun menurut Risalah al-Manhaj dan sekarang risalah ini.
Dakwah dalam fasa ini adalah bersifat khusus. Dakwah hanya berhubung dengan orang yang sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah ketaatan mutlak.

Pelaksanaan (Tanfiz)

Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui ketaatan mutlak. Barisan Ikhwan
al-Muslimin yang pertama memberikan baiah ialah pada 5 Rabiul Awal 1359. Apabila anda bergabung dalam katibah ini dan menerima risalah ini serta berikrar dengan baiah ini anda telah berada di tahap kedua dan hampir dengan tahap ketiga. Oleh itu nilailah tanggungjawab yang anda laksanakan. Siapkanlah diri anda untuk memenuhi tanggungjawab ini.

Ketujuh : TABAH الثبات

Tabah bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai
matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)
sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)

Bagi kita, masa adalah salah satu penyelesai masalah. Jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai
rintangan. Namun demikian ini sahaja jalan yang mampu membawa kita kepada
destinasi kita. Ditambah pula dengan ganjaran dan pahalanya yang besar. Ini kerana kesemua enam wasilah atau wahana kita memerlukan kita membuat persediaan yang rapi, menunggu masa yang sesuai dan merancang pelaksanaan yang teliti. Semua ini bergantung kepada masa. Mereka bertanya secara mengejek: Bila
berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Isra: 51)

Kelapan : JATIDIRI التجرد

Jatidiri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi. (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138) Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan
permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah: 4)

Kesembilan : PERSAUDARAAN الأخوة

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah
mengutamakan orang lain.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9) Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al Taubah: 71) Inilah yang sepatutnya kita lakukan.

Kesepuluh : PERCAYA الثقة

Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat. Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa: 65)

Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.

Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)

Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini. Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan.

Sunday, June 7, 2009

0

Carta Jawatankuasa Penaja


BIL

JAWATAN

NAMA PENUH

(Jika bangsa cina sertakan tulisan cina)

JANTINA ( L/P )

NO. KP BARU

TARIKH LAHIR DAN TEMPAT LAHIR

PEKERJAAN

NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN

ALAMAT KEDIAMAN

01

PENGERUSI

AZMAN BIN MADUSIN

LELAKI

820426-12-5585

26 -04-1982

HOSPITAL KUDAT

TUTOR KOMPUTER

IT-BASE KUDAT

KG TANJUNG KAPOR

PETI SURAT 228, 89058 KUDAT

02

TIM. PENGERUSI

AZMAN LATIF

LELAKI

851010-12-5305

10-10-1985

HOSPITAL KUDAT

GURU AGAMA

SEK AGAMA RAKYAT KUDAT

KG TANJUNG KAPOR

PETI SURAT 228, 89058 KUDAT

03

SETIAUSAHA

KAMRAN B PASIRAN

LELAKI

840329-12-6285

29-03-1984

HOSPITAL KUDAT

TIADA

TIADA

KG PENGARABAN

PETI SURAT 243, 89058 KUDAT

04

P. SETIAUSAHA

SAMSIAH BTE ARASE

PEREMPUAN

860315-12-5474

15-03-1986

HOSPITAL TAWAU

KERANI

IT-BASE KUDAT

KG TAMALANG

PETI SURAT 133, 89057 KUDAT

05

BENDAHARI

NORHIMAH BTE KASMAN

PEREMPUAN

850123-12-6510

23-01-1985

HOSPITAL KUDAT

GURU AGAMA

SEK AGAMA RAKYAT KUDAT

KG PENGARABAN

PETI SURAT 243, 89058 KUDAT

06

P. BENDAHARI

SUZYANI BTE HAMZAH

PEREMPUAN

800802-12-5194

02-08-1980

HOSPITAL KUDAT

GURU AGAMA

SEK AGAMA RAKYAT KUDAT

TAMAN ORKID KUDAT

PETI SURAT 22, 89058 KUDAT

07

A.J.K

ASRUL BIN HAJUL

LELAKI

890104-12-5789

04-01-1989

HOSPITAL KUDAT

TIADA

TIADA

KG TANJUNG KAPOR

PETI SURAT 228, 89058 KUDAT

08

A.J.K

WIRA BIN LAJAIDARUL

LELAKI

890823-12-5363

23-08-1989

HOSPITAL KUDAT

TIADA

TIADA

KG TANJUNG KAPOR

PETI SURAT 228, 89058 KUDAT

09

A.J.K

SALMAH BTE SALAMA

PEREMPUAN

790202-12-5928

02-02-1979

HOSPITAL KUDAT

KERANI

SEK AGAMA RAKYAT KUDAT

D/A SINURSAN SMK PINAWANTAI, WDT 21, 89059 KUDAT

10

A.J.K

HAZREN B AHMAD HAN

LELAKI

920125-12-5387

25-01-1992

HOSPITAL KUDAT

TIADA

TIADA

KG TANJUNG KAPOR

PETI SURAT 228, 89058 KUDAT

Saturday, June 6, 2009

0

carta organasasi